Tuesday 8 October 2013

TUJUAN




1.1  Kertas kerja ini bertujuan bagi membentangkan cadangan program kolaborasi di antara Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Kajian Warisan Negeri Sembilan (KAWANS), Politeknik Port Dickson, Institut Sains dan Teknologi Nasional (ISTN), Jakarta dan Universitas Bung Hatta (UBH), Padang dalam menganjurkan program Simposium Antarabangsa Diaspora Minang: Sejarah, Budaya serta Teknologi dan Senibina.

1.2  Selain daripada  institusi pengajian tinggi awam dan antarabangsa, persatuan Minang di Malaysia juga akan memainkan peranan penting dalam menjayakan simposium ini. Di antaranya adalah  Persatuan Kebajikan Anak Minang Johor dan Persatuan Ikatan Kebajikan Minang Malaysia, Gombak

1.3  Kertas cadangan ini meliputi tujuan, latar belakang, matlamat, objektif, perlaksanaan dan anggaran perbelanjaan.

1.4  Acara ini diharap dapat dijalankan di Negeri Sembilan  pada 26 dan 27  April 2014 memandangkan Negeri Sembilan mempunyai sejarah kedatangan masyarakat Minangkabau dari Kepulauan Sumatera sejak dari dahulu lagi.

No comments:

Post a Comment