Tuesday 8 October 2013

MATLAMAT




Matlamat program seminar ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengertian yang lebih mendalam tentang sejarah, budaya serta teknologi dan senibina di Negeri Sembilan setelah mendapati masyarakat semakin keliru tentang pengertian MINANG yang seringkali digunakan. Masyarakat Negeri Sembilan yang merupakan masyarakat MINANG yang telah terdiaspora sejak sekian lama ini telah mempunyai identiti mereka sendiri yang harus dibanggakan dan tidak perlu lagi terbawa-bawa dengan identiti masyarakat MINANG di tanah asal. Isu identiti ini tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kajian mendalam yang dilakukan. Adalah diharapkan dengan adanya seminar seperti ini, setiap lapisan masyarakat akan dapat turut serta  membincangkan topik-topik yang menjadi kekeliruan ramai pada masa ini termasuklah mengenai Adat Perpatih, imej senibina, teknologi dan juga bahasa yang kita gunakan seharian.

No comments:

Post a Comment