Tuesday 8 October 2013

LOGO MINANG DIASPORA


MINANG DIASPORA

ANJURAN :  






DENGAN KERJASAMA : 



















Mesyuarat dan Pelancaran Kick Off Simposium Diaspora Minang


PROGRAM & TEMPAT




Seminar ini dicadangkan diadakan pada bulan 26 dan 27 April 2014 dan seminar ini akan diadakan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.

ACARA SAMPINGAN



Seminar yang akan berlansung selama 2 hari ini akan turut disertai oleh acara:
i.              Pemeran Senibina oleh KALAM, UTM,  KAWANS, ISTN dan UBH.

ii.            Jamuan Makan Malam Minang bagi 500 orang dimana kehadiran adalah melalui jualan meja. Majlis Makan Malam Minang ini juga akan dihidangkan dengan masakan Negeri Sembilan dengan acara persembahan seni mahasiswa dari Politeknik Port Dickson dan mahasiswa Indonesia dari UTM.. Acara ini diharap dapat dihadiri oleh DYMM Yamtuan Negeri Sembilan, YB Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Gabenor Sumatera Barat, YB Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Naib Canselor dan Rektor keempat-empat pusat pengajian tinggi yang terlibat serta wakil dari Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau (LKAAM)

iii.           Booth jualan akan diadakan bagi memberi peluang kepada ahli Industri kecil masyarakat  Minang memasarkan hasil produk mereka.

BUTIR-BUTIR SEMINAR



Berikut adalah maklumat mengenai peserta dan pembentang serta program yang dicadangkan:

1.1  Perasmian
Perasmian simposium ini dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Naib Canselor keempat-empat institut pengajian tinggi yang terlibat akan turut serta dalam majlis ini.



1.2  Key Note Speaker
Empat  orang ‘key note speaker’ telah dikenalpasti iaitu dua orang dari Indonesia dan dua orang lagi dari Malaysia. Mereka adalah YB Prof Dr Syamsul Amri dan YB Tan Sri Dr Rais Yatim manakala dari Indonesia ialah YB Prof. Taufik Abdullah, pakar sejarah (minang) dan YB Dr. Mochtar Naim, pakar sosiologi yang terkenal dengan tesis PhD-nya mengenai "merantau orang minang".


1.3  Peserta/pembentang poster penyelidikkan
Dianggarkan seramai 400 orang peserta akan mengikuti seminar ini yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat. Peserta terdiri daripada 60 orang pembentang poster dan 340 orang peserta yang turut serta dalam seminar ini. 3 topik penting yang akan dikupaskan adalah dari sudut:

i.              Sejarah (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan aspek sejarah masyarakat Minang keseluruhannya samada di Indonesia, Malaysia dan dimana sahaja di dunia ini.

ii.            Budaya (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan budaya masyarakat Minang dari segi cara hidup, kebudayaan, makanan dll.

iii.           Senibina dan Teknologi. (pembentangan poster)
Topik ini menekankan aspek teknologi dan senibina dalam masyarakat Minang.

1.4  Forum
Forum turut diadakan dimana tiga sesi forum akan diadakan mengikut topik diatas. Setiap sesi forum akan disertai oleh 4 orang panel dan seorang moderator.

OBJEKTIF




Objektif program adalah seperti berikut:

1.1  Meningkatkan kesedaran sejarah, budaya serta senibina dan teknologi masyarakat Minang yang telah terdiaspora dan di tanah asal menerusi simposium yang akan diadakan.

1.2  Menawarkan medan perkongsian ilmu di antara sejarawan, ahli akademik, praktis, penyelidik dan orang awam untuk bertukar pandangan, pendapat dan pengalaman mengenai masyarakat MINANG diseluruh dunia.

1.3  Menjadi titik permulaan bagi lebih banyak lagi kajian dan usahasama di peringkat antarabangsa.

MATLAMAT




Matlamat program seminar ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengertian yang lebih mendalam tentang sejarah, budaya serta teknologi dan senibina di Negeri Sembilan setelah mendapati masyarakat semakin keliru tentang pengertian MINANG yang seringkali digunakan. Masyarakat Negeri Sembilan yang merupakan masyarakat MINANG yang telah terdiaspora sejak sekian lama ini telah mempunyai identiti mereka sendiri yang harus dibanggakan dan tidak perlu lagi terbawa-bawa dengan identiti masyarakat MINANG di tanah asal. Isu identiti ini tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kajian mendalam yang dilakukan. Adalah diharapkan dengan adanya seminar seperti ini, setiap lapisan masyarakat akan dapat turut serta  membincangkan topik-topik yang menjadi kekeliruan ramai pada masa ini termasuklah mengenai Adat Perpatih, imej senibina, teknologi dan juga bahasa yang kita gunakan seharian.