Tuesday 8 October 2013

LATAR BELAKANG




1.1  Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM) bukan sahaja mengkaji senibina tradisional di Malaysia tetapi juga mengkaji perkaitan antara senibina Melayu dalam lingkungan yang lebih luas. Memandangkan KALAM telah berjaya mencungkil sub etnik Bugis pada tahun 2011, maka tahun 2014 KALAM bercadang mencungkil sub etnik Minang pula.

1.2  Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia, Pusat Kajian Warisan Negeri Sembilan (KAWANS), Politeknik Port Dickson, Institut Sains dan Teknologi Nasional (ISTN), Jakarta dan Universitas Bung Hatta, Padang melalui beberapa pertemuan telah bersetuju untuk mengadakan Simposium Antarabangsa Diaspora Minang ini.

1.3  Simposium antarabangsa ini akan membincangkan tentang masyarakat MINANG yang telah terpisah dari tanah asalnya. Perkataan DIASPORA digunakan bertujuan untuk melihat kepada kumpulan ini dan bagaimana mereka membentuk identiti mereka sendiri setelah terpisah dari tanah asal sejak ratusan tahun yang lalu. Tiga topik utama yang akan dibincangkan adalah mengenai SEJARAH, BUDAYA serta SENIBINA dan TEKNOLOGI masyarakat yang telah terdiaspora ini. Walaubagaimana pun kertas kerja dari INDONESIA amatlah dialu-alukan bagi membincangkan SEJARAH, BUDAYA serta SENIBINA dan TEKNOLOGI di tanah asal bagi memberi gambaran tentang proses asimilasi yang telah berlaku. Di akhir simposium ini kita akan dapat melihat sendiri perbezaan MINANG di tanah asal dan MINANG yang telah terdiaspora ini.

No comments:

Post a Comment