Tuesday 8 October 2013

BUTIR-BUTIR SEMINAR



Berikut adalah maklumat mengenai peserta dan pembentang serta program yang dicadangkan:

1.1  Perasmian
Perasmian simposium ini dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. Naib Canselor keempat-empat institut pengajian tinggi yang terlibat akan turut serta dalam majlis ini.



1.2  Key Note Speaker
Empat  orang ‘key note speaker’ telah dikenalpasti iaitu dua orang dari Indonesia dan dua orang lagi dari Malaysia. Mereka adalah YB Prof Dr Syamsul Amri dan YB Tan Sri Dr Rais Yatim manakala dari Indonesia ialah YB Prof. Taufik Abdullah, pakar sejarah (minang) dan YB Dr. Mochtar Naim, pakar sosiologi yang terkenal dengan tesis PhD-nya mengenai "merantau orang minang".


1.3  Peserta/pembentang poster penyelidikkan
Dianggarkan seramai 400 orang peserta akan mengikuti seminar ini yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat. Peserta terdiri daripada 60 orang pembentang poster dan 340 orang peserta yang turut serta dalam seminar ini. 3 topik penting yang akan dikupaskan adalah dari sudut:

i.              Sejarah (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan aspek sejarah masyarakat Minang keseluruhannya samada di Indonesia, Malaysia dan dimana sahaja di dunia ini.

ii.            Budaya (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan budaya masyarakat Minang dari segi cara hidup, kebudayaan, makanan dll.

iii.           Senibina dan Teknologi. (pembentangan poster)
Topik ini menekankan aspek teknologi dan senibina dalam masyarakat Minang.

1.4  Forum
Forum turut diadakan dimana tiga sesi forum akan diadakan mengikut topik diatas. Setiap sesi forum akan disertai oleh 4 orang panel dan seorang moderator.

No comments:

Post a Comment