Rapat ilmuan : Teknologi senibina dalam konteks sejarah dan budaya Minangkabau.
Wednesday 16 October 2013
Tuesday 8 October 2013
PROGRAM & TEMPAT
Seminar ini dicadangkan diadakan pada bulan 26 dan 27 April
2014 dan seminar
ini akan diadakan di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
ACARA SAMPINGAN
Seminar yang akan berlansung selama 2 hari ini akan turut
disertai oleh acara:
i.
Pemeran
Senibina oleh KALAM, UTM, KAWANS, ISTN
dan UBH.
ii.
Jamuan
Makan Malam Minang bagi 500 orang dimana kehadiran adalah melalui jualan meja.
Majlis Makan Malam Minang ini juga akan dihidangkan dengan masakan Negeri
Sembilan dengan acara persembahan seni mahasiswa dari Politeknik Port Dickson
dan mahasiswa Indonesia dari UTM.. Acara ini diharap dapat dihadiri oleh DYMM
Yamtuan Negeri Sembilan, YB Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Gabenor Sumatera
Barat, YB Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Naib Canselor dan Rektor
keempat-empat pusat pengajian tinggi yang terlibat serta wakil dari Lembaga
Kerapatan Adat Alam Minangkabau (LKAAM)
iii.
Booth
jualan akan diadakan bagi memberi peluang kepada ahli Industri kecil
masyarakat Minang memasarkan hasil
produk mereka.
BUTIR-BUTIR SEMINAR
Berikut adalah maklumat mengenai peserta dan pembentang
serta program yang dicadangkan:
1.1
Perasmian
Perasmian simposium ini dijangka akan disempurnakan oleh
Menteri Besar Negeri Sembilan. Naib Canselor keempat-empat institut pengajian
tinggi yang terlibat akan turut serta dalam majlis ini.
1.2
Key Note Speaker
Empat orang ‘key
note speaker’ telah dikenalpasti iaitu dua orang dari Indonesia dan dua orang
lagi dari Malaysia. Mereka adalah YB Prof Dr Syamsul Amri dan YB Tan Sri Dr Rais
Yatim manakala dari Indonesia ialah YB Prof. Taufik Abdullah, pakar sejarah
(minang) dan YB Dr. Mochtar Naim, pakar sosiologi yang terkenal dengan tesis
PhD-nya mengenai "merantau orang minang".
1.3
Peserta/pembentang poster
penyelidikkan
Dianggarkan seramai 400 orang peserta akan mengikuti
seminar ini yang terdiri daripada segenap lapisan masyarakat. Peserta terdiri
daripada 60 orang pembentang poster dan 340 orang peserta yang turut serta
dalam seminar ini. 3 topik penting yang akan dikupaskan adalah dari sudut:
i.
Sejarah (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan aspek sejarah masyarakat Minang
keseluruhannya samada di Indonesia, Malaysia dan dimana sahaja di dunia ini.
ii.
Budaya (20 pembentangan poster)
Topik ini menekankan budaya masyarakat Minang dari segi
cara hidup, kebudayaan, makanan dll.
iii.
Senibina dan Teknologi. (pembentangan
poster)
Topik
ini menekankan aspek teknologi dan senibina dalam masyarakat Minang.
1.4
Forum
Forum
turut diadakan dimana tiga sesi forum akan diadakan mengikut topik diatas.
Setiap sesi forum akan disertai oleh 4 orang panel dan seorang moderator.
OBJEKTIF
Objektif program adalah seperti berikut:
1.1 Meningkatkan kesedaran sejarah, budaya
serta senibina dan teknologi masyarakat Minang yang telah terdiaspora dan di
tanah asal menerusi simposium yang akan diadakan.
1.2 Menawarkan medan perkongsian ilmu di
antara sejarawan, ahli akademik, praktis, penyelidik dan orang awam untuk bertukar
pandangan, pendapat dan pengalaman mengenai masyarakat MINANG diseluruh dunia.
1.3 Menjadi titik permulaan bagi lebih
banyak lagi kajian dan usahasama di peringkat antarabangsa.
MATLAMAT
Matlamat
program seminar ini adalah untuk memberi kesedaran dan pengertian yang lebih
mendalam tentang sejarah, budaya serta teknologi dan senibina di Negeri
Sembilan setelah mendapati masyarakat semakin keliru tentang pengertian MINANG
yang seringkali digunakan. Masyarakat Negeri Sembilan yang merupakan masyarakat
MINANG yang telah terdiaspora sejak sekian lama ini telah mempunyai identiti
mereka sendiri yang harus dibanggakan dan tidak perlu lagi terbawa-bawa dengan
identiti masyarakat MINANG di tanah asal. Isu identiti ini tidak akan dapat
diselesaikan sekiranya tiada kajian mendalam yang dilakukan. Adalah diharapkan
dengan adanya seminar seperti ini, setiap lapisan masyarakat akan dapat turut
serta membincangkan topik-topik yang
menjadi kekeliruan ramai pada masa ini termasuklah mengenai Adat Perpatih, imej
senibina, teknologi dan juga bahasa yang kita gunakan seharian.
Subscribe to:
Posts (Atom)